Khamis, 6 Februari 2014

teng-teng masuk OLIMPIK oiii!!!!

Olimpik 2036 (Gabon-Afrika Tengah) . 

Zabidin Darus, tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia,berjersi doblas, wakil tunggal negara Malaysia malah mewakili benua Asia bagi temasya tahun itu, kemenangan yang dicipta tidak mampu dilupakan oleh dunia!!! Hanya tinggal 4 pemain melangkah ke pusingan akhir....


1. Zabidin Darus (Malaysia-Asia) jersi 12;
2. Jedidiah Anoki (negara ape tah-Afrika) jersi 46;
3. Jon Zukebek (Amerika) jersi 21;
4. Ivan Fyodor@Иван федор (Rusia) jersi 02. 

Permainan bercorak robust diterapkan, kelihatan gelanggang permainan sedikit besar punya 46 petak ditambah 2 puncak diatas. Permainan baru bermula 3 minit lepas. Dimulakan dengan Ivan, penyandang juara liga tempatan di Rusia.

**gua rasa corak penceritaan gua agak terkekang dan kekok sedikit sebab gua nak bagi semua orang nampak permainan kali ini serius...

Ivan menyeka peluh, kaki masih lagi terjenjet-jenjet...kawalan imbangan yang baik menunjukkan beliau pakar dalam permainan..barangkali latihan yang jitu setiap hari membuahkan hasil, sebab tu beliau top 4, dan secara tidak langsung ke pusingan akhir. 

Beliau masih lagi di petak kedua, gundu yang dibaling diawal permainan sudah dikutip semula Ivan sejurus selepas masuk ke petak kedua.Permainan beliau tampak selamat sebab masih lagi tiada pemain yang mengekori rapat gerak Ivan. 

untuk pengetahuan semua permainan teng-teng tradisi kini diubah mengikut corak dan gaya alaf baru bagi merancakkan pertandingan tersebut harap maklum.

Jeddiah dan Zukebek sudah mula mencongak kelemahan yang ada pada Ivan. Pemain berjersi 46 dan 21 itu erat memegang gundu masing-masing menunggu masa yang sesuai. Niat dan nawaitu mereka sudah dapat dibaca sesama mereka. Celaka! mungkin ada konspirasi jahat! 

Jeddiah mengorak langkah disusuli Zukebek, gundu dilontar, lembut gayanya...gundu yang diperbuat dari metal berbentuk segitiga punya cop lambang bunga ros tiga serangkai, jatuh tepat pada petak ke 19 betul-betul dihadapan Ivan sebelum Ivan meneruskan langkah... setiap petak telahpun diukir dengan nombor-nombor.

Lajak diambil...Jeddiah menarik nafas panjang...inilah masanya!!! bukan mudah untuk membuat satu lompatan dari luar hingga ke petak 19 lalu menerjah Ivan bagi penyingkiran pertama. Lariannya mantap, satu angle yang baik lajak yang cukup bagi Jeddiah membuat pendaratan tepat pada petak 19, Ivan yang berada pada petak 18 cuba mencari ruang untuk bertahan terlebih dahulu..namun kelincahan Jeddiah serta kakinya yang sedikit panjang memberikan kelebihan untuk Jeddiah menyepak Ivan keluar dari gelanggang.

Benar!!! inilah jangkaannya!! Ivan hilang imbangan! kaki Ivan yang diimbang diudara hampir dijejakkan ke tanah, namun pengalaman beliau sebagai penyandang juara liga tempatan tidak disia-siakan, biarpun tersingkir beliau akan memastikan Jeddiah juga tidak dapat meneruskan permainan. Ivan sempat menarik seluar Jeddiah, lalu melorot terbukak. Jeddiah terpinga-pinga. Walaupun beliau berjaya menyingkirkan Ivan dan membuat pendaratan yang sempurna, namun kejadian tersebut menyebabkan beliau gagal membuat imbangan sambil membetulkan seluarnya.

2 pemain tersingkir...permainan baru 7 minit bermula, berbaki 2 pemain lagi bagi memastikan juara. Zukebek mula meracah pening memikirkan bagaimana untuk memulakan permainan. Segala yang dirancang bersama Jeddiah kini gagal bila Jeddiah tersingkir bersama Ivan.

Zabidin Darus.....pemain berbakat...asalnya dari Perak...pernah mencuba nasib bagi mewakili negeri Perak dalam bola sepak dan juga sepak takraw, namun gagal..malah beliau pernah cuba menyogok jurulatih bola sepak negeri dengan memberikan wang saguhati untuk beliau bermain bersama pasukan, juga gagal....dan akhirnya...nama Zabidin Darus dikenali dalam sukan teng-teng...bukan di Perak sahaja malah seantero dunia.

Zabidin Darus...masih lagi diluar gelanggang, mencangkung...ligat pikiran beliau bagaimana ingin memulakan permainan. Matanya tajam melihat Zukebek.

Zukebek, sedar dirinya diperhatikan...cuma satu cara saje nak menang...baling gundu jauh-jauh, buat lompatan jauh dan teruskan permainan dan berharap Zabidin Darus tidak dapat mengejar dari belakang. Ya benar! Zukebek punya kelebihan dengan satu lompatan yang jauh,namun Zabidin Darus juga punya kelebihan tersebut.

Zukebek nekad! gundu dilontar...jauh!!! lalu jatuh ke petak 43!!! Zukebek harus buat lompatan terus kesana! satu lompatan mustahil, namun rekod membuktikan ia mampu dilakukan. Sebelum ini rekod lompatan terjauh adalah 52 petak, dicipta oleh......** sape tah gua pon tak berapa pasti...

Zukebek menarik nafas panjang..jantungnya berdegup laju...posisi diambil, lajak juga...matanya dipejam bagi mengumpul saki baki semangat, nafas dihembus....sekali lagi Zukebek menarik nafas panjang.......larian dibuat, deras!!! satu larian melencong dibuat dari luar gelanggang!!! lompatan diambil!!!! jauh!!! hampir pasti beliau akan mendarat tepat ke petak 43!!!! satu kaki dihulur bagi membuat pendaratan dan imbangan!! cantik!!! kaki kirinya dijejakkan dahulu dalam petak, kaki kanan masih diudara...imbangan terus dilakukan!!!! cukup cantik!!!!! penyokong memberikan tepukan standing ovation!!! bangga Zukebek, kembang kempis hidung beliau...

Zukebek melihat sekeliling!! memberikan lambaian, menandakan beliau yang akan menang... beliau masih lagi dengan imbangan yang baik, melihat pada petak pendaratan.. tertera 42......apa yang pasti Zukebek mendarat pada petak 42...beliau memandang kehadapan.... "petak 43".....gundu beliau molek dihadapan tanpa dipijak...ini bermakna.......

 prittt prittt prittt!!!! wisel penamat dibunyikan..kemenangan diberikan pada Zabidin Darus!!!

satu permainan yang hebat dari Zabidin Darus!!! cukup agresif daripada Zabidin Darus!!! beliau dijulang!! penonton memberikan tepukan gemuruh!! rakyat Malaysia bangga dengan Zabidin Darus!!! Zabidin Darus beraksi cemerlang!!!

tahniah!!!!!! -ulasan dibuat oleh Zainol Berdin Rawok-


Isnin, 3 Februari 2014

kali itu....."MERABOK"

Kali itu, gua bermain pementasan teater buat kali yang terakhir, barangkali bukan selamanya terakhir tapi yang gua pasti selepas dari itu tiada lagi yang terakhir.(gua harap ape yang gua cuba sampaikan lu orang faham). 

Kali itu, juga pementasan gua semata-mata bulan bahasa bagi Sekolah (mana tah gua pon tak berapa ingat...) tapi bagi memenuhi impian sahabat gua, gua turutkan...tiada pula gua berbantah-bantah, hanya dengan syarat dan kondisi, skrip tak berjela malah gua mahukan skrip yang sedia ada dan bukan rekaan. Beliau bersetuju sambil menganggukkan kepala yang gua rasa beliau tak berapa setuju. pegi mampos sama beliau.

Kali itu, Seppuku tajuk teater, arahan siapa gua tak berapa ingat.. latihan hanya dibuat sekali dua, dan gua tahu, gua tidak sepenuh hati dalam pementasan tersebut, salah satu sebab gua masih menunggu keputusan semseter gua yang lagi 2-3 hari akan keluar dan gua pasti ade fail, jadi pemikiran gua hanya berkisar pada bagaimana nak tukar keputusan dari fail pergi lulus. Terlintas dalam benak hanya jumpa bomoh mintak tukar slip keputusan, takpun gua menyelusup masuk bilik pensyarah gua tukar markah bagi paper yang gua rasakan fail. **gua mula menyimpang dari tujuan penulisan asal....

Kali itu, sekali lagi gua berdiri untuk pementasan kali keberapa entah yang sememangnya minat gua bila berada diatas pentas dan terlolong macam kerasukan. Pementasan  bermula... gua tidak gugup..lancar... walaupun sebelum ini gua rasakan tidak sepenuh hati namun, bila gua mula berbicara atas pentas, jasad gua menuruti jiwa dan rasa yang berubah sekelip mata dan menjiwai bait kata. Perwatakan diri gua juga berubah, mula bermain pada posisi. Satu persatu lafaz dihambur bagi mereka amati skrip yang gua cuba terjemahkan...

Kali itu, sahabat gua pula mengambil posisi, gua duduk...masih dalam menjiwai watak...mata gua menjeling...beliau bingkas bangun..bait-bait kata ditutur teratur lagak gaya bukan lagi amatur bagi pementasan sebegini (dalam hati gua berbicara...bagus jugek mamat nih) selama ni gua tak pernah berganding sesama beliau diatas pentas, yang ada beliau watak tempelan dan gua watak utama bagi pementasan sekolah..hahahaha...
**sambung... beliau sangat menjiwai watak...dengan langkah..gerak gaya...tangan diangkat,kaki melangkah, melutut, props menjadi peranan, segalanya!!!! AHHH!!! beliau sungguh jiwa pementasan kali itu!!!!!

Kali itu, sedang gua jiwai watak gua sambil halwa dengar gua diteruskan pada bait-bait kata yang dihamburkan oleh beliau, tiba-tiba intonasi beliau meninggi mencapai klimaks pada cerita, jeritan sungguh jiwa pada hati yang menonton, sampai merinding roma-roma pada lengan, menandakan penyampaiannya menyentuh jiwa!!! "MERABOK!!!!!" beliau melontar kata....

**celaka hapeee...merabok tu ape syall...kalau ye pon salah skrip xpayah nak main tibai je...nasib gua tak bantai gelak atas stage!! gua dah cakap hafal skrip...ni bahasa hutan mana yang kau pakai syaitooonnn!!!!
balik gua terus sigong dagu beliau, sebab bagi gua gelak macam lahanat...

***untuk makluman, gua memang failed satu paper....harap maklum...


Ahad, 4 Ogos 2013

Sedut…hembus..Sedut…hembus II





“Gua nak berkelana…” Zaki mula bicara.

**Aku diam… ku sedut tertib sebatang rokok sebelum Zaki meneruskan perbualannya….

sekejap beliau bersandar melihat keadaan sekeliling, hingar juga waktu tu…air kegemaran beliau diserepet sedikit, mungkin masih panas lagi kopi yang dipesan tadi… “ahhh….” ternyata kelegaan terpancar sedikit serasa kemanisannya…tiada terungkap oleh kitab kitab. Perlahan beliau menyeluk saku baju kemeja yang dipakai, sekotak rokok surya dikeluarkan…diambilnya sebatang lalu dikepitkan dibibir… dibiar… 

**masih beliau melihat keadaan sekeliling…
**Aku masih diam…

“Woi…gua nak berkelana…” kali ini suara garaunya ditinggikan sedikit agar halwa telinga aku dapat menangkap tuturnya. Beliau memandang aku tepat agar dapat memberi respond.
**Aku masih diam…

“Celaka, lu dengar tak?”

Aku membalas renungan beliau tiada kalah, tepat aku memandang anak matanya, aku buat muka serius.

**Hanya keningku sedikit dinaikkan.

Zaki faham maksud aku, dia meneruskan bicara, “Gua nak pergi Molossia…”

Aku sedikit tersentak, kenangan lama aku bersama Katrina kembali menerjah, kekal aku mendiamkan diri. Mengapa Molossia? Soalan itu aku utarakan namun tiada terhambur. Takut takut Zaki mengesyakki sesuatu, beliau tak perlu tahu hal peribadi aku.
“Gua nak kena bawak ape kesana?” …

Sedikit gugup untuk aku membalas persoalannya lantas aku jauhkan pandangan, ingin mengimbau semula pertama kali aku kesana… ya… hanya satu yang aku bawa ke kota kecil itu…

“Lu bawak langkah lu… satu depan jadi pembuka…yang belakang jangan ditinggal…” ringkas… itu jawapan.

Zaki mengekek perlekeh jawapanku.. haram jadah beliau tak paham…tapi aku pasti tersiratnya ada pada jawapan itu…

Aku habiskan sisa-sisa tembakau dihujung putung rokok… perlahan aku hembus……


Ahad, 28 Julai 2013

KONVERSASI TERAKHIR



Sehari sebelum semalam, gua dapat panggilan dari nombor aneh, bukan panggilan yang aneh, nombornya saja tiada dalam simpanan telefon bimbit gua. Bertalu-talu deringan namun gua buat tak endah.

Prinsip dalam hidup gua, gua takkan menjawab panggilan dari nombor yang gua tak kenal, bukan sebab gua ni banyak hutang, cuma kadang kadang entah binawe  mana buat kacau ganggu dalam hidup gua dan gua mula serabut, sejak itu gua meletakkan prinsip hidup, nombor tidak dikenali tidak akan dilayan.

Keadaan menjadi sunyi seketika, deringan terhenti, gua menarik nafas lega, mungkin beliau yang disana sudah letih mendail gamaknya. Namun kelegaan hanya beberapa ketika, deringan lagu Gloria nyanyian Laura Brinigan bergema semula dari telefon bimbit menyentap kelegaan gua yang cuma sesaat dua. Rakus gua mencapai telefon dan gua amati nombor yang tertera diskrin, gua cuba berfikir sejenak dan mengembalikan ingatan lampau. “Nombor sape pulak lah nih…” getus hati gua.

Pantas gua menyentuh skrin lalu mulakan konversasi, gua diam…tidak memulakan percakapan…itu juga salah satu prinsip dalam hidup, gua takkan mulakan percakapan terlebih dahulu, mungkin gua sedikit egois. Kedengaran dari hujung talian bunyi agak sedikit bising lalu terdengar suara garau memekik… “Woi celaka!” gua masih diam… gua mengamati suara celaka yang mengherdik gua celaka tanpa salam. “Woi!” sekali lagi celaka itu menempik…kali ini gua dapat memastikan gerangan empunya suara garau, pantas gua membalas… “Waalaikumsalam…” kadang-kadang insan seperti beliau ni perlu diajar sivik tentang sopan santun.

“Kah kah kah!!!” dekahan terhambur, gua semakin pasti dengan ledakan tawa insan tersebut, JENGGOT…teman seangkatan gua semasa zaman persekolahan dulu, boleh dikatakan kami rapat, sebab beliau merupakan tokan rokok semasa gua bersekolah asrama bersamanya. Pikiran melayang seketika mengingat kenangan gua bersama Jenggot. Beliau meneruskan perbualan, “Mana? Warung Bilal jom...”

Gua diam tiada respon… ligat pikiran gua seketika… ORTODOKS… itu yang mampu gua luah… terdetik juga gua nak memaki sahabat sendiri…namun gua tabah…tiada usul periksa untuk memaki juga bakal memakan diri gua…mungkin beliau lupa jalan pulang…jalan yang beliau sukar lalui buat masa sekarang…gua faham…jarang untuk Jenggot pulang ke ceruk kampung sehingga hal ehwal semasa pun beliau tidak ambil pusing…

 “warung bilal sudah satu tahun dan tiga purnama terkubur celaka…” gua mengakhiri konversasi….




Khamis, 10 Januari 2013

cerita dari seorang sahabat

kenalnya kita singkat,
jalan kita mencari dari mana mulanya mentari jauh,
derap langkah kita tiada seiring,
jauh meniti kegersangan bumi...

tiada pimpinan dari kamu,
hanya terikat dari tali tali rasa,
buat utuhnya semangat untuk terus bersama,
kuatkan langkahmu kerna aku masih disini...
memerhati jauh agar langkahmu tiada pincang

kutitipkan satu ribu satu doa,
setiap sudut namamu dihambur,
agar kamu sentiasa ampuh pada tanah tuhan,
sedikit jejas akan kuhulur segala membantu,

mungkin semalam aku adalah istimewa,
putaran waktu bakal menjadikan kita asing sesama,
mungkin aku ditinggal jauh dihujung terjal,
kekalkan aku senyum pada kejauhan...

untuk sahabat jauh: Yol


Ahad, 9 Disember 2012

TIADA TANDA NAMA



Lif itu luas terbuka, Rozaku menanti sabar menanti sedari tadi. Seorang gadis meluru keluar tiada endah pada Rozaku, laju langkahnya. Wajahnya manis dengan bundar mata, rambut terurai sedikit tidak kemas namun masih kelihatan menawan.
 Rozaku pantas melampiaskan senyum namun tiada berbalas, selingkar pandang Rozaku terlihat matanya yang mengalir air jernih…
Terdetik hatinya mengapa gadis ini? Bersedih ditinggal kekasih barangkali…dia cuba menebak namun tiada pasti, bahu mereka berlaga namun gadis itu meluru laju pergi tiada kata maaf. Rozaku sempat berpaling pada kot yang dipakai gadis itu…tiada tanda nama…
Rozaku cuma mampu melihat langkah gadis itu berlalu…sesal kerana tidak ditahan langkah dia yang tiada tanda nama… Ingin Rozaku bertanya mengapa, disapukan air mata bersama bahu…

Sabtu, 18 Ogos 2012

Fatimah Tahi Lalat = 48 jam belom nak raya...

29 Ramadhan...48 jam belom mahu lagi raya...7.30 petang...

bzzzz...bzzzz....bzzzzz...(telefon bimbit berpenggera gua bergetar)... "Ahh...celake...sape pulok mesej gua taim2 nak buka nih.." lincah kaduk gua tekan inbox...walaupon dalam hati gua mula menyumpah...xde taim lain ke nak anto mesej?... tertera nama sahabat gua si.pert... "ada kt kota x? lepak jom..."

dalam hati gua mula bercongak...yahudi ape mamat nih..taim2 buka ajak lepak...tapi gua malas nak persoal...pasti beliau kecil hati jika gua  utarakan ayat seperti itu...beliau bukan boleh...ade skali dulu gua kutuk gigi beliau, beliau terus stalat kepala gua...celaka jugek...

gua balas mesej "malam sket lah... gua nak beli barang dapur..."  dalam hati gua berkira kira gua pasti lewat malam nih kalau nak lepak...

10.17 malam...

bzzz...bzzzz...bzzzz...(telefon bimbit berpenggera gua bergetar lagi)... "woi kau tau tak aku dgn lok dah jadi berhala...lu kat mana celaka?? bergegas!!!" gua menerima mesej dari pert... ahh...celaka...kan gua dah cakap gua lewat...

11.04 malam...

gua sampai ke tempat yang telah dirancang... terkocoh kocoh gua mencari bayang 2 makhluk yang gua pasti hangin dengan kelewatan gua... gua nampak 2 patung berhala sedang mengekek sambil minum teh o ais...pantas gua menepuk bahu pert sambil menunjukkan keikhlasan sengihan gua sambil gelak2...

"babi ape lu gelak...lok dah jadi berhala tunggu kau celaka!!" tanpa sepatah kata gua terus gelak tanpa bicara...gua salam cangkuk pada beliau berdua...

gua cuba melepaskan lelah gua yang kepenatan...gua usya kedua sahabat sejati gua masih mengekek... pantas gua sound.. "eh celaka ape lu orang bincang!!!"

pantas pert memintas kata2 gua... "Fatimah Tahi Lalat.." gua bertanya sape sial fatimah nih....pert dan lok membisu...gua tanye lagi.....soalan masih sama.... mereka diam....

lalu topik bertukar ganti.....

sekarang gua masih bertanya tanya...sape fatimah ni????? woiii!!!!!!!!!

Selasa, 5 Jun 2012

sedut...hembus...sedut...hembus...

gua pasti beliau...Lina **tiada nama sebenar...

**penjejak hati hati kosong seorang lelaki yang dahagakan kepuasan, siapa tidak pernah kenal Lina bermakna dia anak emak...tidak ke kota besar meronggeng...seperti lelaki lain lain, gua juga tidak ketinggalan menjamah kesempurnaan nafsu yang sentiasa terbelenggu...

namun itu menghambat tahunan yang lalu...Lina menghilang tiada berita...membuatkan tangisan tangisan garau kota...kehilangan Lina membuatkan lelaki kini buta...hampir keseluruhannya lumpuh...ada juga yang separuh gila kerna Lina...tidak kurang juga gadis gadis lain yang mula berperwatakkan seperti Lina...namun tiada satu mampu menyaingi kehebatan, kelembutan, kemanjaan Lina...Lina....Lina...nama beliau disebut para lelaki seluruh pelusuk kota...

kali itu...gua pasti benar anak mata ini tiada silap...wajahnya masih sama...namun sedikit dimamah usia...perlahan aku menegur beliau..."Lina..." dia berkalih padaku...dihujung jarinya sebatang rokok masih panjang dikepit kemas jemari runcing...senyum.....

kenangan lama kembali saat gua melayari indah waktu bersamanya...lamunan Lina terhenti seketika...

seduthembusseduthembus....



Sabtu, 2 Jun 2012

Abas....Barber...dan ekor....

abas barber bersiul kecil,jari dipetik mengikut alun siulannya,tah lagu ape gua xdapat menangkap dari deria dengar gua...bahagia benar hati beliau...menang ekor barangkali,serkap benak pikir gua yang serba bangang... "woi abas! first prize ke?" sergah gua pada beliau... abas memandang sambil tersengih kera sambil menunjukkan tanda bagus... perlahan abas menghampiri.....

jom gua belanja cendol...borak abas....

gua senyum tersipu malu.....


Khamis, 31 Mei 2012

Dia Katrina II

"Saya Katrina..." dia menghulur tangan ingin berjabat... aku melemparkan senyuman...mataku mengerling mencari cari kain perca membersihkan tanganku...jabatnya kusambut diiring senyum...
"Lutfy...." perlahan aku menutur...mengharapkan glotis yang terletak pada larinks mampu melepaskan nada seiring dengan degupan jantungku kian kencang... "Khairil Lutfy..." sambungku setelah mendapat sedikit keberanian dalam diri... senyum kami bertaut...hening seketika seraya jabatnya ku sambut...seluruh pelosok kota bagai memerhati kami berdua...bagai satu anugerah tuhan terlihatkan bidadari dunia dihadapan sudut pandangku ini...
Senyumnya menggetar naluri kelelakian ku..."Boleh lukiskan potret untuk saya?" ....lunak suaranya menggema sekalian dataran kota...segala malaikat cinta terpesona akan kelembutan suara Katrina...
Aku hanya mampu mengangguk...tiada kata mampu terluah saat ini...pantas aku menghulurkan bangku keunyaanku padanya...tiada rela hati ini memberikan bangku yang buruk untuk bidadari secantik dia...PREJUDIS!! gertak hati kecilku...kerna aku hanya akan menghulur sebuah bangku yang hampir roboh kepada semua pelanggan ku...namun bukan dia...dia istimewa.......aku akan memastikan lukisan aku bakal menjadi lukisan terbaik yang pernah aku hasilkan...KATRINA......
Lama renungan aku padanya...dari alis lebat keningnya...hingga bibir kecilnya...mulus...Jariku mulai menari...mencetak garisan indah wajah milik bidadari itu...setiap inci tiada ku lepas dari pandangan...pikirku mulai berkira kira untuk memulakan perbualan...canggung pula rasanya bila tiada perbualan antara aku dan dia.... sempat buat seketika aku memberikan arahan supaya kekal pada posisinya...mungkin dia keletihan..."maaf..." itu yang terhambur dari bibir gadis itu... aku mengukir senyuman...silap aku juga...tidak pernah aku sketch gambar sampai makan masa lebih 15 minit...aku cuba bermain bersama waktu agar aku dapat menikmati masa masa bersama dia Katrina...
"boleh gerak dah..." aku memberikan kelegaan padanya....pantas Katrina mengalih bangkunya berada tepat diposisi bersebelahan denganku...haruman perfum dari tubuh dia membuatkan nafsu aku bergejolak...sempat aku memberikan senyuman...dia merenung potretnya..."cantik..." pujian dari dia membuat aku sedikit bangga...
Potretnya ku lukis indah sepertimana dirinya yang dicipta tuhan...anggun nya tiada kuubah...berdosa kurasa diri ini jika selajur kecantikan bidadari dunia kubiarkan berubah walau sedikit...segala warna indah kucoret menjadi benar lukisku...ku tacap segalanya yang termampu memberikan kepuasan pada malaikat cinta menatapnya...puas.....ku coretkan di hujungnya...KATRINA...... 12 Disember 2008


Rabu, 16 Mei 2012

Monumen Sulit Kota Molossia...

Lanjut 3 bulan...tiada khabar dari Katrina...sejak sekembalinya dia ke kota kecil Molossia tiada satu khabar hadir padaku...Tersisip sebuah ingatan padanya tika kali terakhir aku berjumpa...

 "Katrina.." tegurku..."bergulir masa ini mencari sorot mata cinta ikhlas dari Kamu.."

senyuman indah terpalit dibibirnya...tiada iringan kata dari wanita ini..ternanti aku seketika cuba mencari balasan yang cuba disampaikan, namun kesenyuian terus mendampingi waktu waktu yang terus berlalu...
Panggilan masuk dari telefon bimbitnya mengganggu telepati antara hatiku dan hatinya...kelat senyumku membenarkan dia menjawab panggilan itu...

"Awak...saya kena pergi...suatu hari nanti kita jumpa lagi ya...datang ke Molossia... Katrina tunggu..." tiada jawapan yang mampu aku luahkan..aku hanya mengangguk perlahan...seolah olah faham dengan gerak ku itu,dia memelukku dengan erat tanpa lepas..sebak seketika...mengalir hangat titis air mata darinya...aku cuba menenangkan...bagaimana ingin ku tenangkan dia....sedangkan jiwa ku sendiri bergelora..kocak nya tiada terbanding...tiada tertahan lagi...

Langkah Katrina semakin merenggut hati kecilku...sesaat dia berpaling memberikan senyuman buat terakhir kali padaku...aku membalas senyumnya...

terakhir kali tatapan ku pada Katrina...

**************************************************

"sayanggggggggg..."

Farhana...gadis kecil yang senantiasa menemani malam malamku sejak ketiadaan Katrina...panggilannya melenyapkan terus lamunanku...

perlahan aku sahut panggilannya...berpaling aku melihat dia diatas pembaringanku...sama seperti yang kulakukan pada Katrina...perlahan dia menggeliat...kucupan dari gadis itu kuterima seperti pagi pagi biasa...peribadiku masa lalu bersama Katrina kurahsiakan...


Maafkan aku Katrina...hubungan kita kini mampu menjadi monumen sulit dari kota kecil asalmu dihatiku....

Rabu, 9 Mei 2012

Pembaringan Algojo

Katrina...

Jejaknya kali ini tiada berderap...
Sayup tiada dengar...
Pandangan ku kabur terhadap mungil tubuh gadis itu...
Semakin menghampiri aku...
Sinisnya padaku tiada ku balas...
Pikirku kosong tika itu...

Hati kecil ini serasa mati seketika...
Melihat sinis bengis Katrina...
Likat darah meniti runcing jarinya...
Tertancap aku seketika terlihat sekujur tubuh tiada berkepala...
Siapa?
Hati mulai gusar...
Laju pikirku menggelungsur mencari siapa...

Mula aku sedar, aku berada di pembaringan dia...

Katrina........sang Algoz....

Khamis, 5 April 2012

Dia Katrina...


Diluar renyai hujan mula membasahi bumi... segenap inci tanah tuhan mula becak...terlihat manusia manusia kerdil berlari mencari teduh...ada juga yang terus berjalan tiada berpayung seperti menerima sahaja kebasahan...mungkin dia dilanda musibah...seperti juga aku...tidak mampu lari dari setiap dugaan yang tuhan berikan...

Aku menghalakan pandanganku keluar tingkap...biarpun cahaya lampu tidur terbias dan sedikit mengganggu pandangan, tambahan pula titis hujan seperti menghalang aku dari terus diterpa lamunan...namun deria penglihatanku masih mampu melihat apa yang berlaku diluar sana... aku menarik nafas panjang...perlahan aku lepaskan keluhan berat...

Selajur pandangku terlihat kupu kupu malam berterbangan mencari cari pasangan yang dahagakan kebahagiaan malam itu...aku juga begitu seketika tadi...sebentar aku berkalih...melihat 'DIA' masih tidur enak diulit selimut tebal tiada berpakaian...keletihan barangkali setelah berdayung lama diatas bahtera bersamaku...aku tersenyum seketika...fikirku mula merawang kembali..mengingat semula bibit pertemuan pertama aku dan 'DIA'...

Insiden itu berlaku 4 bulan yang lalu ketika aku masih lagi tiada bekerjaya...aku hanya pelukis dijalanan yang hanya memenuhi impian dan hobi...lukisanku bukan indah, mungkin hanya satu dua mata sahaja yang mampu membaca apa yang tersirat pada kanvas itu...

*******************************************************************
"Cantik lukisan kamu..." teguran itu membuatku tersentak seketika, serentak aku berkalih melihat milik siapa suara itu...Terpempan bila terlihat seorang gadis bukan melayu berada disisi menegurku...tiada terungkap bicara aku buat seketika...'cantik'...tiada juga mampu terluah...segalanya tersekat dikerongkong halkum Adam...tidak mampu aku gambarkan disini...

"Saya Katrina..."........