Khamis, 27 Ogos 2009

kalau itu kehidupan...2..

sedang aku melangkah menghayati rumah indah ciptaan tuhan...langkahku terhenti...bait2 lagu pilu kedengaran mula mengajarku mendengar...ketenangan hembusan merdu seruling mengingatkanku kisah silam...entah mengapa hati ini berkata cukup sekadar dengar...bukan dihayati...

tenggelam fikiranku sebentar...tenang...setenang hebusan syahdu merdu seruling seiring angin senja...

satu hari yang bakal melabuhkan tirainya yang tidak dapat dikembalikan semula...hari yang mungkin menjadi sejarah bagi seseorang dan juga mungkin diriku sendiri...setiap hari... setiap waktu...setiap saat menjadi sebuah sketsa bernilai...

sketsa yang cuma ditonton dalam memori indah yang bakal terluput satu hari nanti...

Isnin, 24 Ogos 2009

kalau itu kehidupan... 1...

terbuka mata buntang tatkala embun masih menitis sepi...memikirkan apa yang bakal berlaku hari ini...hati melafazkan syukur dengan denyutan nadi yang masih mahu menerima jasad ini kekal dalam penjara indah milik tuhan...

hari ini kaki ku melangkah lagi...hilang arah tuju,derap langkah terus tanpa haluan...tetapi masih kekal dalam ruang lingkup penjara ini...penjara yang tercipta dengan undang2 manusia yang tidak kenal erti kasih sayang...

sedang aku melangkah...

Selasa, 14 April 2009

da show!!!


setelah 2bulan lebih bekerja keras untuk mementaskan teater patung2, kami telah berjaya mementaskannya..aku rasa bekerja sebagai stage manager lagi memenatkan dari berlakon..selama ni aku berlakon xlah penat macam ni...

semasa membuat pementasan ada sedikit kesilapan dibelakang tabir...kesilapa teknikal...
walkie talkie aku abes baterry dan satu lagi rosak...
so mintak maaf la pada helmy,qia n eddy coz xdapat Q...hihi...tapi papehal pon diz production a very999 good production!!!!
congrats u guyz!!!!hihi... pasni kalo ade offer belakon,aku sanggup pegang watak kecil daripada jadi SM...semoga semuanya sukses!!!

Ahad, 29 Mac 2009

cuma 60 minit...hasilnya???

beberapa jam yang lalu...aku berasa seperti orang bodoh yang duduk didalam kegelapan...bukan aku nak membicarakan tentang hak...tetapi mentaliti sebagai seorang insan dan sebagai sebuah masyarakat atau pun bangsa Malaysia...

mungkin semua tertanya-tanya kenapa aku cakap seperti orang bodoh kan??? cuma dalam masa 60minit...aku rasa di bandar shah alam hanya suku daripada penduduknya yang sedar tentang perkara ini...(itupun lepas aku ngan member aku sound soh tup lampu)...dan aku rasa seperti aku sorang je yang semangat berkobar-kobar...orang len buat dek je...member aku siap rembat banner earth hour kat faculty nak letak kat rumah... aku rasa bangga dengan kawan2 aku...diowang ni memang bebal...tapi dari segi kemanusiaan...diowang perfect...sentiasa bagi sokongan... tapi jiran aku tu macam orang kaya..doktor agaknya...pandai...disebab kan terlalu pandai...aku rasa dia dah hilang erti kemanusiaan dalam diri... bila aku mintak tutup lampu...marah...melemparkan pelbagai alasan..."orang nak makan lah mana boleh xpakai lampu!!"..."sukati mak bapak aku lah!!! bapak ko xbayar karan aku!!!"...aku xrasa sedih pon tapi aku gelak...sebab terlintas di benak fikiran aku yang lembab ni...hmm ada orang lagi bangang dari aku rupanya...hihi


tak salah pon xtutup lampu...tapi bagi aku orang yang xtutup lampu ni orang yang penakut,bongkak,dan...macam2 lagi lah..penakut???sebab takut pada kegelapan...hihi...bongkak???bapak diowang kaya kot nak bayar bil haha...


cuma 60minit untuk kita selamatkan bumi dari pemanasan global yang kian meruncing...
60minit untuk 600 tahun akan datang... bukan susah...tapi mereka telah menyusahkan generasi akan datang... aku rasa mereka yang xtutup lampu ni kita hantar kat planet Utarid...planet yang paling dekat dengan matahari...so xpayah bukak lampu biar rasa terang sentiasa...dan rasa panas ke x...kalau rasa panas,padan muka!! hahaha...baru diowang tau yang bumi kita ni dah terlalu panas...

siapa lagi nak selamatkan bumi kalau bukan manusia...nak mintak tolong alien?? alien pon nak selamatkan planet diowang la...buatpe dia nak selamatkan bumi??? aku rase alien pon cakap "orang bumi ni ganas2...tempat duduk sendiri pon nak musnahkan...apa la!!!"

Pada orang yang xreti nak menyahut seruan dunia ni...fikirkanlah...
erti kemanusiaan dalam diri akan hilang jika kita terus leka...kegelapan membantu kita menginsafi diri...kenal diri...mencari dimana silap kita...bukan ingin tenggelam dalam kegelapan...cuma seketika...mampukah kita merangkak didalam kegelapan setelah sering disinari cahaya... ini bumi tuhan...hadiah untuk kita sebagai khalifah...tentu 'Dia' sedih melihat kita tidak menjaga hadiah dari-Nya...kata-kata ku ini bukan bijak agama...tapi dari seorang insan kerdil yang ingin terus hidup...dan membantu manusia merasai hadiah dari sang pencipta... kita hilang dalam kegelapan...tapi kegelapan yang membantu kita memahami apa erti hidup... bergelaplah...mungkin anda gagal melakukannya semalam..tapi esok masih ada...bukan marah... maafkanlah jika terkasar...

Jumaat, 27 Mac 2009

A Theatre Performance



hmm...da dekat setahun aku rasa aku tinggalkan pentas teater...
semester ni aku masok balek join teater...
kalo dulu aku selalu gak r belakon...tapi production kali ni aku jadi stage manager..(sm)...huhu
mula2 ngat nak belakon...tapi memandangkan aku ni lembab cket belaja so aku xnak bebankan pale otak aku ngan hafal skrip...
mula2 macam xbest jadi sm ni...da lame2...aku rase seronok coz dapat tgok orang belakon...bagi arahan...huhu...
mungkin ni langkah pertama aku untuk buat satu team production sendiri...
nak kena belajar semua benda...dari segi sound system,lighting,staging,huh...

mybe life aku untuk pentas teater...xtau la nape dari dulu sampai sekarang aku minat berlakon..
hope family aku xkisah aku jadi pelakon satu hari nanti huahauahua....untuk teater patung-patung ni,aku penah terlibat dulu...so aku tahu la sikit2 jalan cerita dia...teater ni berbeza sikit dari teater tukang...ciptaan hatta azad khan sendiri...tapi aku paling minat teater MISI arahan Faisal Tehrani...hihi...

anyway...teater patung-patung ni mengisahkan tentang seorang manusia(Mega) yang terlalu obses dengan cinta yang membuatkan dirinya berada di alam fantasi...lupa pada pencipta dan menganggap dirinya adalah pencipta...kekuasaan terletak pada jarinya yang rakus membina arca manusia...bagi dirinya cinta adalah yang utama...cinta terhadap Maya terlalu agung sehingga dia berselindung disebalik patung-patung...

so disini aku dengan rendah hati aku menjemput semua orang yang minat atau pun xberapa minat dalam areana seni teater ini,datanglah beramai-ramai menonton teater patung-patung...
kalau tidak menarik terlebih dahulu aku mohon maaf...

'fantasi bukan mimpi...fantasi seiring realiti...'

Rabu, 18 Mac 2009

kalau itu dusta...



Terikat...terkongkong...terkurung...
kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kemelut lama yang megekori kita kemana sahaja kita pergi...
namun...
kita tak mampu lari...tapi kita perlu beranikan diri...dan tabah mencari ruang dan peluang untuk kita membebaskan diri kita sendiri...

Terkadang kita lupa... bercakap bukan sekadar bercakap... mendengar bukan sekadar mendengar...
Tapi kita sedang mecari jalan penyelasaian... mencari persefahaman... kita sedang meluahkan perasaan... isi hati dan keinginan untuk difahami...

Bila kita gagal berkata-kata...kita perlukan seseorang untuk membantu kita... seseorang untuk memahami kekusutan dunia... jadi kita kembali mencari... dengan penuh harapan si dia yang telah kita kehilangan kembali...
Tanpa kita menyedari... kita telah pun mengisi kekosongan dan menjadi pengganti tempat untuk kita mengadu...

Bila dunia kita lumpuh, kita belajar untuk bangun semula... kita bangun...makan...minum dan buang masa seperti biasa tanpa menyedari masa telah berlalu...

Saban hari...saban waktu...detik terus berlalu... aku bukan lagi aku... tapi teman yang sentiasa berada disamping rakan...waktu terus berganti...ikatan persahabatan takkan pudar...dan kita mulai bebas...bebas untuk mencari siapa rakan kerna kita adalah teman...bebas dari terikat...terkongong...dan terkurung...

Tapi...kita tetap dipenjara dunia tuhan yang tercipta buat kita....

Rabu, 11 Mac 2009

Antara cinta dan pengorbanan...

Dah lama rasanya aku tak tengok blog...
hihi...
kelmarin aku tengok filem yang aku rasa da dekat beratus kali aku tengok... Qaisy dan Laila...
Filem yang lain daripada semua filem cinta dongeng yang pernah ditayangkan... bagi aku epik cinta manusia...walaupun direka...

mungkin secara tersuratnya filem ni boleh dikatakan lembab jalan citer dia tapi bagi aku tersiratnya amat menarik minat aku...
aku pon pelik kenapa orang tak suka tengok citer ni...

sebuah pengorbanan yang dilakukan oleh Qaisy untuk bangsa sendiri... berperang,tanggungjawab keluarga kepada adiknya Nurjanah, kasih sayang, tali persaudaraan antara sepupu sendiri Sadiq...

mungkin penonton cuma mahukan sebuah filem cinta yang romantis...tanpa maksud yang tersirat dan tanpa perlu berfikir lebih mendalam...

habsah hassan telah menghasilkan sebuah filem yang bagi aku terlalu sukar bagi penonton yang hanya ingin berhibur sahaja untuk faham jalan ceritanya...

sebuah pengorbanan cinta demi bangsa dan tanah air... mungkin peperangan tidak berlaku dinegara kita, tapi pada bangsa kita...jika dilihat saudara seagama dibunuh tanpa belas kasihan dan menjadi rutin harian apabila melihat kanak-kanak terbunuh di dalam pertempuran...

jika seorang rakyat Amerika dibunuh mereka dianggap Terrorist...tapi...berapa ramai orang Islam terkorban di bumi Afghan dan Palestin???

mereka menganggap itu adalah kesilapan kerana adanya terrorist...

jika Israel diancam,sekutunya membantu...tapi di Palestin???

mungkin ayat ini akan mampu menjerut hati...

"setiap dari kita ada yang perlu dan mesti dilakukan...Apapun terjadi sentiasa Tawakkal dan Redha..."

mungkin bagi mereka yang diperangi boleh bertawakkal dan Redha...tapi kita??? Redha kan sahaja melihat anak kecil dibunuh...