"Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong..."
Rabu, 4 Mac 2009
Saat aksara dibentuk dari mata pena...
semalam...bermaksud hari sebelum hari ini...dan semalam juga bukan hanya 'semalam'...
dan semalam juga aku bukan dalam keadaan begini...13 tahun yang lalu aku cuma seorang budak nakal yang sering dimarah orang tua ku...aku tak mengerti apa itu kedewasaan...dan yang aku tahu cuma lumpur,becak,berlari dan dimarahi...
dengan hanya baju yang besar dan tanpa seluar aku lari mencari erti kedewasaan yang tidak aku fahami...hampir saban hari cuma bertemankan tawa dan tangis tanpa memikirkan apa erti kehidupan...dan bagi aku sewaktu dulu, 'semalam' juga bagaikan hari ini kerna bagiku hidup tiada akhirnya...
aku terus berlari...mengiringi waktu dan kedewasaan ku...mungkin tidak timbul hari ini jika tiada semalam... bagiku semalam,esok mahupun lusa adalah hari ini...
dan semalam 13 tahun sudah berlalu..terpalit kenangan 'semalam' yang menggangu rehat ku...
betapa seronoknya menjadi anak kecil yang tanpa memikirkan erti kedewasaan...aku tersenyum...dan mungkin harapan ku semalam bakal menjelma untuk esok...dan lusa bakal membantuku menjadi kan esok adalah semalam...
terdidik aku dari mata pena membentuk sebuah aksara dan kini aku mampu berkata-kata...
dari kecil hingga aku remaja aku cuba mencari erti kedewasaan...dan kini aku tahu... hari ini adalah hadiah kepada ku kerna ketabahanku menempuhi hari semalam dan esok misteri yang tak terjangkau akal ku untuk mengetahuinya...
'yesterday is history,tomorrow is mystery, and today is a gift...and that's why it call present...'
(master oogway)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam haziq,
BalasPadamWah, cerita yang menarik dan tinggi falsafahnya! Apa lagi, suruhlah ayah baca supaya dia tahu bahawa anaknya telah mencapai tahap Aristottal mahupun al-Farabi. Hehehe. Selamat berblog untuk mendewasakan akal dan fikiran.
Salam
master oogway tu bukan ke dalam citer kung fu panda.yang kura2 tu.huhuhu.ayat2 ko memang cantik.tapi aku tak faham sangat la.huhuhuhu
BalasPadamSALAM..
BalasPadammak ai haziq..gile puitis..
teruskan berkarya..huhu