Khamis, 5 April 2012

Dia Katrina...


Diluar renyai hujan mula membasahi bumi... segenap inci tanah tuhan mula becak...terlihat manusia manusia kerdil berlari mencari teduh...ada juga yang terus berjalan tiada berpayung seperti menerima sahaja kebasahan...mungkin dia dilanda musibah...seperti juga aku...tidak mampu lari dari setiap dugaan yang tuhan berikan...

Aku menghalakan pandanganku keluar tingkap...biarpun cahaya lampu tidur terbias dan sedikit mengganggu pandangan, tambahan pula titis hujan seperti menghalang aku dari terus diterpa lamunan...namun deria penglihatanku masih mampu melihat apa yang berlaku diluar sana... aku menarik nafas panjang...perlahan aku lepaskan keluhan berat...

Selajur pandangku terlihat kupu kupu malam berterbangan mencari cari pasangan yang dahagakan kebahagiaan malam itu...aku juga begitu seketika tadi...sebentar aku berkalih...melihat 'DIA' masih tidur enak diulit selimut tebal tiada berpakaian...keletihan barangkali setelah berdayung lama diatas bahtera bersamaku...aku tersenyum seketika...fikirku mula merawang kembali..mengingat semula bibit pertemuan pertama aku dan 'DIA'...

Insiden itu berlaku 4 bulan yang lalu ketika aku masih lagi tiada bekerjaya...aku hanya pelukis dijalanan yang hanya memenuhi impian dan hobi...lukisanku bukan indah, mungkin hanya satu dua mata sahaja yang mampu membaca apa yang tersirat pada kanvas itu...

*******************************************************************
"Cantik lukisan kamu..." teguran itu membuatku tersentak seketika, serentak aku berkalih melihat milik siapa suara itu...Terpempan bila terlihat seorang gadis bukan melayu berada disisi menegurku...tiada terungkap bicara aku buat seketika...'cantik'...tiada juga mampu terluah...segalanya tersekat dikerongkong halkum Adam...tidak mampu aku gambarkan disini...

"Saya Katrina..."........

Rabu, 4 April 2012

sampul kecil dari Molossia...


Setu Pahing (Sabtu PAIT)

Hari itu terik bangat...matahari serasa seperti tak berpuas ati dgn kehadiran gua ke ibu kota kali ini...perlahan gua menyeka tetesan peluh didahi...mata gua mula meliar mencari kalau kalau ada tempat gua berteduh sesaat dua...tertancap laju deria penglihatan gua bila terlihat deretan kedai seberang jalan Ubud...langkah kecil mula diatur terarah ke deretan itu...penat berjalan gua mencangkung dikaki lima hujung kedai sederet dengan kedai Samsu Kalaniappan...perlahan gua menyedut minuman berkabonat yang baru saja gua beli semasa perjalanan kesini, nikmatnya tiada terbanding oleh kitab kitab...gua mula memerhati sekeliling..tabiat biasa bila gua tengah merehatkan minda...gua menaakul satu persatu gerak tubuh insan manusia... dari penaakulan gua sentiasa mengharap dapat belajar sesuatu...

Fikiran gua mula melayang...satu demi satu sejarah silam gua tersingkap dari benak pikir ini...semuanya masih jelas, seperti ada skrin lcd dihadapan mata gua yang telah siap direkod...semuanya bagai magis...masih mampu gua bayangkan...BELIAU muncul semula....Gadis mungil dari Molossia...gua sengih sendiri...mula membayangkan yang enak enak bersama perempuan itu... Katrina...enak halwa telinga mendengar ketika perempuan itu memperkenalkan dirinya...gua semakin terbang bersama iring namanya..ahhh!! CELAKA!! Saat gua dipertemukan bersama Katrina atas kehendak tuhan,dan barangkali Katrina hadir pada masa gua amat memerlukan teman...disaat itu gua cemburu melihat aksi aksi kapel bercumbu cumbuan didepan gua secara sengaja seperti mengejek kerana gua belum ada sesiapa...SIAL!! Mungkin dia jelmaan malaikat cinta dalam dirinya yang khas untuk gua...getus hati gua yang girang bila bertemu Katrina...Gua mula membayangkan bila gua berkahwin dengan beliau, gua akan menjadi seorang suami yang romantis...sentiasa memberikan ciuman kasih ketika pulang kerja...AAAHHH! gua mula berangan macam sial bila sebut pasal Katrina...

**************************************************************************

Gua tahu, gua tak mampu mencari mata lain sepertimana matanya...gua tak mahu kehilangan dalam kisah rindu sayapnya sebuah cinta hamba pada jelma malaikat padanya...

biar cinta jadi kuburan hati...rindu ku jadi peneman daunan gugur dipusara...sayangku kekal terus pada nisan teguh...