Ahad, 9 Disember 2012

TIADA TANDA NAMA



Lif itu luas terbuka, Rozaku menanti sabar menanti sedari tadi. Seorang gadis meluru keluar tiada endah pada Rozaku, laju langkahnya. Wajahnya manis dengan bundar mata, rambut terurai sedikit tidak kemas namun masih kelihatan menawan.
 Rozaku pantas melampiaskan senyum namun tiada berbalas, selingkar pandang Rozaku terlihat matanya yang mengalir air jernih…
Terdetik hatinya mengapa gadis ini? Bersedih ditinggal kekasih barangkali…dia cuba menebak namun tiada pasti, bahu mereka berlaga namun gadis itu meluru laju pergi tiada kata maaf. Rozaku sempat berpaling pada kot yang dipakai gadis itu…tiada tanda nama…
Rozaku cuma mampu melihat langkah gadis itu berlalu…sesal kerana tidak ditahan langkah dia yang tiada tanda nama… Ingin Rozaku bertanya mengapa, disapukan air mata bersama bahu…