Sehari
sebelum semalam, gua dapat panggilan dari nombor aneh, bukan panggilan yang
aneh, nombornya saja tiada dalam simpanan telefon bimbit gua. Bertalu-talu
deringan namun gua buat tak endah.
Prinsip
dalam hidup gua, gua takkan menjawab panggilan dari nombor yang gua tak kenal,
bukan sebab gua ni banyak hutang, cuma kadang kadang entah binawe mana buat kacau ganggu dalam hidup gua dan gua
mula serabut, sejak itu gua meletakkan prinsip hidup, nombor tidak dikenali
tidak akan dilayan.
Keadaan
menjadi sunyi seketika, deringan terhenti, gua menarik nafas lega, mungkin
beliau yang disana sudah letih mendail gamaknya. Namun kelegaan hanya beberapa
ketika, deringan lagu Gloria nyanyian Laura Brinigan bergema semula dari
telefon bimbit menyentap kelegaan gua yang cuma sesaat dua. Rakus gua mencapai
telefon dan gua amati nombor yang tertera diskrin, gua cuba berfikir sejenak
dan mengembalikan ingatan lampau. “Nombor sape pulak lah nih…” getus hati gua.
Pantas
gua menyentuh skrin lalu mulakan konversasi, gua diam…tidak memulakan
percakapan…itu juga salah satu prinsip dalam hidup, gua takkan mulakan
percakapan terlebih dahulu, mungkin gua sedikit egois. Kedengaran dari hujung
talian bunyi agak sedikit bising lalu terdengar suara garau memekik… “Woi celaka!”
gua masih diam… gua mengamati suara celaka yang mengherdik gua celaka tanpa
salam. “Woi!” sekali lagi celaka itu menempik…kali ini gua dapat memastikan
gerangan empunya suara garau, pantas gua membalas… “Waalaikumsalam…”
kadang-kadang insan seperti beliau ni perlu diajar sivik tentang sopan santun.
“Kah
kah kah!!!” dekahan terhambur, gua semakin pasti dengan ledakan tawa insan
tersebut, JENGGOT…teman seangkatan gua semasa zaman persekolahan dulu, boleh
dikatakan kami rapat, sebab beliau merupakan tokan rokok semasa gua bersekolah
asrama bersamanya. Pikiran melayang seketika mengingat kenangan gua bersama Jenggot.
Beliau meneruskan perbualan, “Mana? Warung Bilal jom...”
Gua
diam tiada respon… ligat pikiran gua seketika… ORTODOKS… itu yang mampu gua
luah… terdetik juga gua nak memaki sahabat sendiri…namun gua tabah…tiada usul
periksa untuk memaki juga bakal memakan diri gua…mungkin beliau lupa jalan
pulang…jalan yang beliau sukar lalui buat masa sekarang…gua faham…jarang untuk Jenggot
pulang ke ceruk kampung sehingga hal ehwal semasa pun beliau tidak ambil
pusing…
“warung bilal sudah satu tahun dan tiga
purnama terkubur celaka…” gua mengakhiri konversasi….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan