Ahad, 4 Ogos 2013

Sedut…hembus..Sedut…hembus II





“Gua nak berkelana…” Zaki mula bicara.

**Aku diam… ku sedut tertib sebatang rokok sebelum Zaki meneruskan perbualannya….

sekejap beliau bersandar melihat keadaan sekeliling, hingar juga waktu tu…air kegemaran beliau diserepet sedikit, mungkin masih panas lagi kopi yang dipesan tadi… “ahhh….” ternyata kelegaan terpancar sedikit serasa kemanisannya…tiada terungkap oleh kitab kitab. Perlahan beliau menyeluk saku baju kemeja yang dipakai, sekotak rokok surya dikeluarkan…diambilnya sebatang lalu dikepitkan dibibir… dibiar… 

**masih beliau melihat keadaan sekeliling…
**Aku masih diam…

“Woi…gua nak berkelana…” kali ini suara garaunya ditinggikan sedikit agar halwa telinga aku dapat menangkap tuturnya. Beliau memandang aku tepat agar dapat memberi respond.
**Aku masih diam…

“Celaka, lu dengar tak?”

Aku membalas renungan beliau tiada kalah, tepat aku memandang anak matanya, aku buat muka serius.

**Hanya keningku sedikit dinaikkan.

Zaki faham maksud aku, dia meneruskan bicara, “Gua nak pergi Molossia…”

Aku sedikit tersentak, kenangan lama aku bersama Katrina kembali menerjah, kekal aku mendiamkan diri. Mengapa Molossia? Soalan itu aku utarakan namun tiada terhambur. Takut takut Zaki mengesyakki sesuatu, beliau tak perlu tahu hal peribadi aku.
“Gua nak kena bawak ape kesana?” …

Sedikit gugup untuk aku membalas persoalannya lantas aku jauhkan pandangan, ingin mengimbau semula pertama kali aku kesana… ya… hanya satu yang aku bawa ke kota kecil itu…

“Lu bawak langkah lu… satu depan jadi pembuka…yang belakang jangan ditinggal…” ringkas… itu jawapan.

Zaki mengekek perlekeh jawapanku.. haram jadah beliau tak paham…tapi aku pasti tersiratnya ada pada jawapan itu…

Aku habiskan sisa-sisa tembakau dihujung putung rokok… perlahan aku hembus……