Ahad, 28 Julai 2013

KONVERSASI TERAKHIR



Sehari sebelum semalam, gua dapat panggilan dari nombor aneh, bukan panggilan yang aneh, nombornya saja tiada dalam simpanan telefon bimbit gua. Bertalu-talu deringan namun gua buat tak endah.

Prinsip dalam hidup gua, gua takkan menjawab panggilan dari nombor yang gua tak kenal, bukan sebab gua ni banyak hutang, cuma kadang kadang entah binawe  mana buat kacau ganggu dalam hidup gua dan gua mula serabut, sejak itu gua meletakkan prinsip hidup, nombor tidak dikenali tidak akan dilayan.

Keadaan menjadi sunyi seketika, deringan terhenti, gua menarik nafas lega, mungkin beliau yang disana sudah letih mendail gamaknya. Namun kelegaan hanya beberapa ketika, deringan lagu Gloria nyanyian Laura Brinigan bergema semula dari telefon bimbit menyentap kelegaan gua yang cuma sesaat dua. Rakus gua mencapai telefon dan gua amati nombor yang tertera diskrin, gua cuba berfikir sejenak dan mengembalikan ingatan lampau. “Nombor sape pulak lah nih…” getus hati gua.

Pantas gua menyentuh skrin lalu mulakan konversasi, gua diam…tidak memulakan percakapan…itu juga salah satu prinsip dalam hidup, gua takkan mulakan percakapan terlebih dahulu, mungkin gua sedikit egois. Kedengaran dari hujung talian bunyi agak sedikit bising lalu terdengar suara garau memekik… “Woi celaka!” gua masih diam… gua mengamati suara celaka yang mengherdik gua celaka tanpa salam. “Woi!” sekali lagi celaka itu menempik…kali ini gua dapat memastikan gerangan empunya suara garau, pantas gua membalas… “Waalaikumsalam…” kadang-kadang insan seperti beliau ni perlu diajar sivik tentang sopan santun.

“Kah kah kah!!!” dekahan terhambur, gua semakin pasti dengan ledakan tawa insan tersebut, JENGGOT…teman seangkatan gua semasa zaman persekolahan dulu, boleh dikatakan kami rapat, sebab beliau merupakan tokan rokok semasa gua bersekolah asrama bersamanya. Pikiran melayang seketika mengingat kenangan gua bersama Jenggot. Beliau meneruskan perbualan, “Mana? Warung Bilal jom...”

Gua diam tiada respon… ligat pikiran gua seketika… ORTODOKS… itu yang mampu gua luah… terdetik juga gua nak memaki sahabat sendiri…namun gua tabah…tiada usul periksa untuk memaki juga bakal memakan diri gua…mungkin beliau lupa jalan pulang…jalan yang beliau sukar lalui buat masa sekarang…gua faham…jarang untuk Jenggot pulang ke ceruk kampung sehingga hal ehwal semasa pun beliau tidak ambil pusing…

 “warung bilal sudah satu tahun dan tiga purnama terkubur celaka…” gua mengakhiri konversasi….