Rabu, 11 Mac 2009

Antara cinta dan pengorbanan...

Dah lama rasanya aku tak tengok blog...
hihi...
kelmarin aku tengok filem yang aku rasa da dekat beratus kali aku tengok... Qaisy dan Laila...
Filem yang lain daripada semua filem cinta dongeng yang pernah ditayangkan... bagi aku epik cinta manusia...walaupun direka...

mungkin secara tersuratnya filem ni boleh dikatakan lembab jalan citer dia tapi bagi aku tersiratnya amat menarik minat aku...
aku pon pelik kenapa orang tak suka tengok citer ni...

sebuah pengorbanan yang dilakukan oleh Qaisy untuk bangsa sendiri... berperang,tanggungjawab keluarga kepada adiknya Nurjanah, kasih sayang, tali persaudaraan antara sepupu sendiri Sadiq...

mungkin penonton cuma mahukan sebuah filem cinta yang romantis...tanpa maksud yang tersirat dan tanpa perlu berfikir lebih mendalam...

habsah hassan telah menghasilkan sebuah filem yang bagi aku terlalu sukar bagi penonton yang hanya ingin berhibur sahaja untuk faham jalan ceritanya...

sebuah pengorbanan cinta demi bangsa dan tanah air... mungkin peperangan tidak berlaku dinegara kita, tapi pada bangsa kita...jika dilihat saudara seagama dibunuh tanpa belas kasihan dan menjadi rutin harian apabila melihat kanak-kanak terbunuh di dalam pertempuran...

jika seorang rakyat Amerika dibunuh mereka dianggap Terrorist...tapi...berapa ramai orang Islam terkorban di bumi Afghan dan Palestin???

mereka menganggap itu adalah kesilapan kerana adanya terrorist...

jika Israel diancam,sekutunya membantu...tapi di Palestin???

mungkin ayat ini akan mampu menjerut hati...

"setiap dari kita ada yang perlu dan mesti dilakukan...Apapun terjadi sentiasa Tawakkal dan Redha..."

mungkin bagi mereka yang diperangi boleh bertawakkal dan Redha...tapi kita??? Redha kan sahaja melihat anak kecil dibunuh...

1 ulasan:

  1. aku setuju tentang pengorbanan kita sebagai saudara seagama.tapi tntang movie tu agak kurang ckit la.bukan tak suka jln ceritanya atau hnya suka crita yang menghiburkan saja,tapi aku tak dapat rasa kekuatan karakter kat situ.

    BalasPadam