Khamis, 6 Februari 2014

teng-teng masuk OLIMPIK oiii!!!!

Olimpik 2036 (Gabon-Afrika Tengah) . 

Zabidin Darus, tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia,berjersi doblas, wakil tunggal negara Malaysia malah mewakili benua Asia bagi temasya tahun itu, kemenangan yang dicipta tidak mampu dilupakan oleh dunia!!! Hanya tinggal 4 pemain melangkah ke pusingan akhir....


1. Zabidin Darus (Malaysia-Asia) jersi 12;
2. Jedidiah Anoki (negara ape tah-Afrika) jersi 46;
3. Jon Zukebek (Amerika) jersi 21;
4. Ivan Fyodor@Иван федор (Rusia) jersi 02. 

Permainan bercorak robust diterapkan, kelihatan gelanggang permainan sedikit besar punya 46 petak ditambah 2 puncak diatas. Permainan baru bermula 3 minit lepas. Dimulakan dengan Ivan, penyandang juara liga tempatan di Rusia.

**gua rasa corak penceritaan gua agak terkekang dan kekok sedikit sebab gua nak bagi semua orang nampak permainan kali ini serius...

Ivan menyeka peluh, kaki masih lagi terjenjet-jenjet...kawalan imbangan yang baik menunjukkan beliau pakar dalam permainan..barangkali latihan yang jitu setiap hari membuahkan hasil, sebab tu beliau top 4, dan secara tidak langsung ke pusingan akhir. 

Beliau masih lagi di petak kedua, gundu yang dibaling diawal permainan sudah dikutip semula Ivan sejurus selepas masuk ke petak kedua.Permainan beliau tampak selamat sebab masih lagi tiada pemain yang mengekori rapat gerak Ivan. 

untuk pengetahuan semua permainan teng-teng tradisi kini diubah mengikut corak dan gaya alaf baru bagi merancakkan pertandingan tersebut harap maklum.

Jeddiah dan Zukebek sudah mula mencongak kelemahan yang ada pada Ivan. Pemain berjersi 46 dan 21 itu erat memegang gundu masing-masing menunggu masa yang sesuai. Niat dan nawaitu mereka sudah dapat dibaca sesama mereka. Celaka! mungkin ada konspirasi jahat! 

Jeddiah mengorak langkah disusuli Zukebek, gundu dilontar, lembut gayanya...gundu yang diperbuat dari metal berbentuk segitiga punya cop lambang bunga ros tiga serangkai, jatuh tepat pada petak ke 19 betul-betul dihadapan Ivan sebelum Ivan meneruskan langkah... setiap petak telahpun diukir dengan nombor-nombor.

Lajak diambil...Jeddiah menarik nafas panjang...inilah masanya!!! bukan mudah untuk membuat satu lompatan dari luar hingga ke petak 19 lalu menerjah Ivan bagi penyingkiran pertama. Lariannya mantap, satu angle yang baik lajak yang cukup bagi Jeddiah membuat pendaratan tepat pada petak 19, Ivan yang berada pada petak 18 cuba mencari ruang untuk bertahan terlebih dahulu..namun kelincahan Jeddiah serta kakinya yang sedikit panjang memberikan kelebihan untuk Jeddiah menyepak Ivan keluar dari gelanggang.

Benar!!! inilah jangkaannya!! Ivan hilang imbangan! kaki Ivan yang diimbang diudara hampir dijejakkan ke tanah, namun pengalaman beliau sebagai penyandang juara liga tempatan tidak disia-siakan, biarpun tersingkir beliau akan memastikan Jeddiah juga tidak dapat meneruskan permainan. Ivan sempat menarik seluar Jeddiah, lalu melorot terbukak. Jeddiah terpinga-pinga. Walaupun beliau berjaya menyingkirkan Ivan dan membuat pendaratan yang sempurna, namun kejadian tersebut menyebabkan beliau gagal membuat imbangan sambil membetulkan seluarnya.

2 pemain tersingkir...permainan baru 7 minit bermula, berbaki 2 pemain lagi bagi memastikan juara. Zukebek mula meracah pening memikirkan bagaimana untuk memulakan permainan. Segala yang dirancang bersama Jeddiah kini gagal bila Jeddiah tersingkir bersama Ivan.

Zabidin Darus.....pemain berbakat...asalnya dari Perak...pernah mencuba nasib bagi mewakili negeri Perak dalam bola sepak dan juga sepak takraw, namun gagal..malah beliau pernah cuba menyogok jurulatih bola sepak negeri dengan memberikan wang saguhati untuk beliau bermain bersama pasukan, juga gagal....dan akhirnya...nama Zabidin Darus dikenali dalam sukan teng-teng...bukan di Perak sahaja malah seantero dunia.

Zabidin Darus...masih lagi diluar gelanggang, mencangkung...ligat pikiran beliau bagaimana ingin memulakan permainan. Matanya tajam melihat Zukebek.

Zukebek, sedar dirinya diperhatikan...cuma satu cara saje nak menang...baling gundu jauh-jauh, buat lompatan jauh dan teruskan permainan dan berharap Zabidin Darus tidak dapat mengejar dari belakang. Ya benar! Zukebek punya kelebihan dengan satu lompatan yang jauh,namun Zabidin Darus juga punya kelebihan tersebut.

Zukebek nekad! gundu dilontar...jauh!!! lalu jatuh ke petak 43!!! Zukebek harus buat lompatan terus kesana! satu lompatan mustahil, namun rekod membuktikan ia mampu dilakukan. Sebelum ini rekod lompatan terjauh adalah 52 petak, dicipta oleh......** sape tah gua pon tak berapa pasti...

Zukebek menarik nafas panjang..jantungnya berdegup laju...posisi diambil, lajak juga...matanya dipejam bagi mengumpul saki baki semangat, nafas dihembus....sekali lagi Zukebek menarik nafas panjang.......larian dibuat, deras!!! satu larian melencong dibuat dari luar gelanggang!!! lompatan diambil!!!! jauh!!! hampir pasti beliau akan mendarat tepat ke petak 43!!!! satu kaki dihulur bagi membuat pendaratan dan imbangan!! cantik!!! kaki kirinya dijejakkan dahulu dalam petak, kaki kanan masih diudara...imbangan terus dilakukan!!!! cukup cantik!!!!! penyokong memberikan tepukan standing ovation!!! bangga Zukebek, kembang kempis hidung beliau...

Zukebek melihat sekeliling!! memberikan lambaian, menandakan beliau yang akan menang... beliau masih lagi dengan imbangan yang baik, melihat pada petak pendaratan.. tertera 42......apa yang pasti Zukebek mendarat pada petak 42...beliau memandang kehadapan.... "petak 43".....gundu beliau molek dihadapan tanpa dipijak...ini bermakna.......

 prittt prittt prittt!!!! wisel penamat dibunyikan..kemenangan diberikan pada Zabidin Darus!!!

satu permainan yang hebat dari Zabidin Darus!!! cukup agresif daripada Zabidin Darus!!! beliau dijulang!! penonton memberikan tepukan gemuruh!! rakyat Malaysia bangga dengan Zabidin Darus!!! Zabidin Darus beraksi cemerlang!!!

tahniah!!!!!! -ulasan dibuat oleh Zainol Berdin Rawok-


Isnin, 3 Februari 2014

kali itu....."MERABOK"

Kali itu, gua bermain pementasan teater buat kali yang terakhir, barangkali bukan selamanya terakhir tapi yang gua pasti selepas dari itu tiada lagi yang terakhir.(gua harap ape yang gua cuba sampaikan lu orang faham). 

Kali itu, juga pementasan gua semata-mata bulan bahasa bagi Sekolah (mana tah gua pon tak berapa ingat...) tapi bagi memenuhi impian sahabat gua, gua turutkan...tiada pula gua berbantah-bantah, hanya dengan syarat dan kondisi, skrip tak berjela malah gua mahukan skrip yang sedia ada dan bukan rekaan. Beliau bersetuju sambil menganggukkan kepala yang gua rasa beliau tak berapa setuju. pegi mampos sama beliau.

Kali itu, Seppuku tajuk teater, arahan siapa gua tak berapa ingat.. latihan hanya dibuat sekali dua, dan gua tahu, gua tidak sepenuh hati dalam pementasan tersebut, salah satu sebab gua masih menunggu keputusan semseter gua yang lagi 2-3 hari akan keluar dan gua pasti ade fail, jadi pemikiran gua hanya berkisar pada bagaimana nak tukar keputusan dari fail pergi lulus. Terlintas dalam benak hanya jumpa bomoh mintak tukar slip keputusan, takpun gua menyelusup masuk bilik pensyarah gua tukar markah bagi paper yang gua rasakan fail. **gua mula menyimpang dari tujuan penulisan asal....

Kali itu, sekali lagi gua berdiri untuk pementasan kali keberapa entah yang sememangnya minat gua bila berada diatas pentas dan terlolong macam kerasukan. Pementasan  bermula... gua tidak gugup..lancar... walaupun sebelum ini gua rasakan tidak sepenuh hati namun, bila gua mula berbicara atas pentas, jasad gua menuruti jiwa dan rasa yang berubah sekelip mata dan menjiwai bait kata. Perwatakan diri gua juga berubah, mula bermain pada posisi. Satu persatu lafaz dihambur bagi mereka amati skrip yang gua cuba terjemahkan...

Kali itu, sahabat gua pula mengambil posisi, gua duduk...masih dalam menjiwai watak...mata gua menjeling...beliau bingkas bangun..bait-bait kata ditutur teratur lagak gaya bukan lagi amatur bagi pementasan sebegini (dalam hati gua berbicara...bagus jugek mamat nih) selama ni gua tak pernah berganding sesama beliau diatas pentas, yang ada beliau watak tempelan dan gua watak utama bagi pementasan sekolah..hahahaha...
**sambung... beliau sangat menjiwai watak...dengan langkah..gerak gaya...tangan diangkat,kaki melangkah, melutut, props menjadi peranan, segalanya!!!! AHHH!!! beliau sungguh jiwa pementasan kali itu!!!!!

Kali itu, sedang gua jiwai watak gua sambil halwa dengar gua diteruskan pada bait-bait kata yang dihamburkan oleh beliau, tiba-tiba intonasi beliau meninggi mencapai klimaks pada cerita, jeritan sungguh jiwa pada hati yang menonton, sampai merinding roma-roma pada lengan, menandakan penyampaiannya menyentuh jiwa!!! "MERABOK!!!!!" beliau melontar kata....

**celaka hapeee...merabok tu ape syall...kalau ye pon salah skrip xpayah nak main tibai je...nasib gua tak bantai gelak atas stage!! gua dah cakap hafal skrip...ni bahasa hutan mana yang kau pakai syaitooonnn!!!!
balik gua terus sigong dagu beliau, sebab bagi gua gelak macam lahanat...

***untuk makluman, gua memang failed satu paper....harap maklum...